KEPUTUSAN PERLAWANAN :: LIGA SUPER MALAYSIA Felda United ( 0 - 0 ) Johor DT, Negeri Sembilan ( 0 - 0 ) T-Team, Selangor ( 0 - 0 ) Selangor PKNS, Terengganu ( 3 - 2 ) ATM, LionsXII ( postpone ) Perak, Pahang ( 2 - 2 ) Kelantan ::: LIGA PERDANA MALAYSIA UiTM ( 1 - 2 ) KL SPA, PDRM ( 3 - 3 ) Sabah, Kuala Lumpur ( 2 - 2 ) NS Betaria, KL Pos ( 0 - 1 ) Perlis, Kedah ( 1 - 2 ) Sime Darby, Sarawak ( 3 - 2 ) Johor FA
a

Tuesday, December 18, 2012

Siapa Super'Mokh' ?

Untuk satu tempoh yang singkat, nama seorang lelaki bergema tidak seperti yang lain. Nama pemain bola sepak Mokhtar Dahari naik dari latar belakang yang sederhana untuk mengukir nama dalam sejarah bola sepak negara. Itu merupakan masa yang paling indah dalam sukan bola sepak Malaysia, dia merupakan pemain terbaik yang pernah ada di negara ini. Dari tahun 70-an sehingga pertengahan tahun 80-an merupakan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia dengan Mokhtar Dahari sebagai ketua pasukan.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Dari kecil lagi Mokhtar Dahari memang berlainan. Anak lelaki pertama kepada Aminah binti Sharikan dan seorang pemandu lori bernama Dahari Abeng berpindah ke Kampung Pandan dari setapak berhampiran bandaraya Kuala Lumpur pada umur 11 tahun.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.


Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).

0 comments: